Pasangan Cinta Kolestrol Ini Berjaya Turunkan 45Kg
Bukan mudah bagi mereka yang memiliki berat badan berlebihan untuk mendapatkan bentuk badan idaman. Kena usaha dua kali ganda dan tidak boleh putus asa. Paling penting perlukan sokongan dari yang tersayang.
Itu yang berlaku pada pasangan romantis Mohamad Affandy Mohd Amran Chan dan Rahmatunnadrah Mohamed, yang bersama-sama nekad untuk menurunkan berat badan.
BACA: Dihina Gemuk, Dari 103Kg Kini Berat Hanya 45Kg
Rupanya misi utama mereka untuk menurunkan berat badan adalah untuk memakai baju pengantin yand digunakan semasa hari persandingan bersempena ulang tahun perkahwinan yang ke-6.
Mereka mengakui, minat mereka yang suka mencuba pelbagai makanan punca masalah kegemukan yang dialami. Jom baca perkongsian pasangan ini sepanjang misi penurunan berat badan.
Gemuk sampai susah nak bernafas, kerusi patah
Menurut Nadrah, suaminya mengalami situasi lebih teruk akibat berat badan berlebihan sehingga menyebabkan susah untuk bernafas. Suaminya juga cepat penat dan letih membuatkan mereka nekad untuk kuruskan badan.
Tips pasangan ini turunkan berat badan bersama
Menurut mereka, sukar untuk menurunkan berat badan kerana masing-masing sibuk. Namun mereka tetap akan curi masa untuk keluarkan peluh dalam 30 minit setiap hari. Tambah mereka lagi, kadang-kadang mereka akan bersukan bersama anak-anak.
Menu diet yang kami amalkan
Ternyata pasangan ini mampu membuktikan jika adanya usaha pasti akan berjaya. Ini baru betul cinta kolestrol. Sama-sama besarkan badan dan masih bersama untuk turunkan berat badan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Lelaki Dedah Rahsia Turun Berat 50Kg Setahun
Wanita Kongsi Kisah Turun Berat Lebih 40Kg
Turun 67Kg Tak Sampai Setahun, Wanita Ini Kongsikan Tips Berkesan Untuk Kurus
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Tony Roma’s Belanja Kami Makan Malam
- SUMBER
- CariForum