Sekarang ni ramai wanita sanggup melakukan apa saja untuk dapatkan kulit cantik termasuk gunakan bahan merbahaya. Boleh dikatakan mereka ini terpengaruh dengan artis Korea yang miliki kulit cantik dan putih.

Terbaru, viral di Twitter rupanya ada dijual produk untuk menukar kulit. Rata-rata gambar yang dikongsi menunjukkan kesan tukar kulit seperti ular.

BACA: Kerana Takut Ular Cikgu Sanggup Gendong Anak Murid

Ingat manusia macam ular ke

Boleh dikatakan proses tukar kulit itu digantikan secara tidak normal. Pengguna juga menggunakan produk ‘peeling’ tersebut tanpa mendapatkan nasihat doktor atau melakukan kajian terlebih dahulu.

Ramai yang guna tapi tak tahu kandungan produk

Menurut individu yang kongsikan foto tersebut berpendapat, jika kesannya pantas, pasti kandungan produk tersebut merbahaya.

Menurut lagi seorang individu di Twitter, bahan-bahan yang digunakan oleh produk tersebut menggunakan bahan-bahan tidak selamat dan akan beri kesan bahaya kepada kulit pengguna. Ramai yang menasihati pengguna untuk menyemak kandungan produk kecantikan yang kita gunakan jika tidak mahu terjadi perkara yang tidak diingini.

Boleh je nak kulit cantik, tapi jangan taksub sangat sehingga merosakkan diri sendiri. Ada banyak cara lain atau cara semula jadi anda boleh amalkan. Beringat dahulu sebelum kena.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Resepi Popia Horlicks Yang Dapat Ribuan Share!