Lantang ‘Sound’ SPR, Inilah Dia Karim Raslan
Lewat malam tadi, rata-rata rakyat Malaysa meluahkan rasa kecewa dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat seperti melengah-lengahkan untuk mengumumkan keputusan pilihan raya semalam.
Tidak terkecuali, pakar politik Kasim Raslan juga turut lantang bersuara dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Tan Sri Mohd Hashim, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ketika membincangkan tentang mandat pilihan raya di Astro Awani.
BACA: KJ: Selamat Maju Jaya Malaysia, Suara Rakyat Keramat
“Apa yang beliau sedang lakukan? Beliau patut letak jawatan. Kalau tak boleh terima keadaan, keluar dari situ. Beliau lakukan perkara paling memalukan dan buatkan kami kecewa.
“Kami semua menunggu anda untuk membuat pengumuman ini dan ada lagi 47 kerusi. Apa yang sedang berlaku di Sabah? Kami mahu bertanya, bagaimana dengan negeri Sarawak, ini negeri yang besar, ketua SPR, boleh menyusun semuanya.
“Saya ingin tahu apa tekanan di belakang anda? Siapa berbisik di telinga anda? Ini semua mengarut. Semua setuju ya? Sampah!” katanya.
Hahaha @KarimRaslan lost his cool and gave SPR both barrels. LMAO pic.twitter.com/BJkXlGsWgk
— Effi Saharudin 🇲🇾 (@1Obefiend) May 9, 2018
Pasti ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya Karim Raslan yang berani menegur pihak SPR. Bukan calang-calang orang rupanya.
Merupakan seorang pakar politik, Karim Raslan antara individu yang membangunkan pemahaman mendalam tentang politik di seluruh Asia Tenggara terutama Malaysia, Indonesia, Singapura Thailand dan Filipina.
Mempunyai kolum sendiri bertajuk ‘Ceritalah’ yang membincangkan perkembangan sosio-politik dan isu semasa yang diterbitkan di akhbar The Star, Sin Chew Daily dan Sinar Harian. Penulisannya juga turut disiarkan di akhbar Indonesia dan Singapura. Karim juga pernah dijemput sebagai komentator di BBC, CNN, CNBC, Al Jazeera dan Bloomberg.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram