Tiada Lagi Rasuah Untuk Dapatkan Lesen Memandu
Menteri Pengangkutan yang baru, Anthony Loke bercadang untuk melaksanakan peraturan baru berkaitan isu rasuah di dalam pengeluaran lesen memandu di negara ini.
Katanya lagi, selepas ini bagi mana-mana individu yang gagal dalam ujian memandu perlu mendudukinya sekali lagi dan tiada jalan singkat untuk mendapatkan lesen dengan cara mudah dengan menyogok atau memberikan rasuah.
“Saya akan pastikan masalah ini dapat ditamatkan,” jelas beliau, selepas mendedahkan dia sendiri telah menerima banyak aduan dan permintaan terhadap jabatan itu, sejak sebelum mengangkat sumpah sebagai menteri lagi.
BACA: Gagal Ujian Memandu, Remaja Berusia 21 Tahun Bunuh Diri
Beliau turut menyatakan, perkara ini bukanlah rahsia, memandangkan ia telah berlangsung bertahun lalu, termasuk sewaktu beliau sendiri mahu mendapatkan lesen dahulu. Anthony juga berjanji untuk meluangkan masa meneliti permasalahan ini.
Dengan langkah ini, diharap tidak akan ada lagi pemandu yang cuba mendapatkan “lesen terbang” atau dari mana-mana saluran yang tidak sah.
Semoga lebih ramai pemandu berhemah di atas jalan raya dan sekaligus dapat menurunkan jumlah kemalangan di Malaysia.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Apa Rasa Jering Rebus Di Terengganu?
- SUMBER
- Paul Tan