Minggu lalu, Polis Di Raja Malaysia melakukan serbuan di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menemui 284 kotak beg tangan mewah yang dipercayai milik Rosmah Mansor.

Bekas isteri Perdana Menteri itu memang terkenal dengan gaya hidup mewah dan barangan berjenama. Lihat saja koleksi beg tangan yang pernah dibawa ke majlis-majlis antaranya Hermes Birkin.

BACA: Rosmah Akui Hidup Lebih Tenang, Tidur Macam Biasa

Siapa yang tidak tahu, menurut laman web beg berjenama Purseblog, beg tangan Birkin dijual dengan harga bermula $ 9,000 (RM36,000). Beg Birkin paling mahal pernah dijual ialah Niloticus Crocodile Himalaya Beriking berharga $ 383,000 (RM1.5 juta) dijual pada acara lelongan tahun lalu.

Jika dilihat pada beg tangan yang dipakai oleh Rosmah ini merupakan koleksi Fushia Diamond-Studded Hermes Birkin bernilai RM877,000.

Tapi sebenarnya koleksi beg tangan Rosmah tersebut merupakan satu perlaburan yang bijak. Patutlah Rosmah sanggup beli 284 beg tangan Hermes Birkin sebab ianya sangat berharga.

Sebuah pasaran untuk dompet dan beg mewah yang dipanggil Baghunter mendedahkan, Birkin mengatasi harga emas dan S&P 500 indeks saham dalam tempoh 37 tahun yang lalu. Birking diperkenalkan pada tahun 1981.

Selepas Barisan Nasional kalah pada PRU yang lalu, Datuk Seri Najib Razak berada didalam pemerhatian polis berikutan isu 1MDB. Segala barangan peribadi dirampas dan polis juga turut merampas puluhan kotak wang tunai, barang kemas dari kediaman milik Najib dan Rosmah.

Semalam, media melaporkan wang tunai yang dirampas di Pavilion Residences, Kuala Lumpur sudah habis dikira dan ia dilapor bernilai kira-kira RM120 juta.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ikan Bakar Di Perlis Memang Lain Macam!