Selama ni ramai yang sangka telur meningkatkan paras kolestrol. Tapi itu hanya mitos semata-mata. Menurut kajian terbaru, makan telur sebiji sehari mampu mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.

Kajian yang dilakukan oleh pasukan penyelidik China-British mendapati makan sebiji telur sehari merendahkan risiko penyakit kardiovaskular (CVD).

BACA: Pakar Dedah Telur Separuh Masak Pembawa Kuman

Hasil kajian ke atas setengah juta golongan dewasa sihat berusia antara 30 dan 79 tahun sejak sembilan tahun lalu, mereka merumuskan bahawa ‘dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambil telur dalam diet harian mereka, pengambilan telur secara harian dikaitkan dengan risiko rendah CVD’.

Dalam jurnal Heart, risiko strok berdarah adalah 26 peratus lebih rendah di kalangan mereka yang kerap makan telur.

Malah, pengambilan harian telur dikaitkan dengan 18 peratus risiko lebih rendah kematian akibat CVD serta 28 peratus risiko rendah untuk kematian akibat strok hemoragik (berdarah).

CVD, gangguan salur darah dan jantung adalah punca utama kematian dan kecacatan di seluruh dunia.

Telur kaya dalam diet kolesterol, sekian lama dikaitkan dengan risiko tinggi CVD namun mengandungi protein penting dan vitamin.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Apa Rasa Bebola Nasi Goreng Mazirah Buat Ni?!!