Kerajaan Jamin Mansuhkan Tol Lepas Kewangan Pulih
Umum mengetahui, salah satu manifesto Pakatan Harapan jika menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 adalah untuk memansuhkan tol. Jika dilihat di media sosial, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana sehingga kini masih tiada lagi kenyataan dari kerajaan mengenai janji tersebut.
Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kerajaan mahu menunaikan janji tersebut, namun akan dilakukan selepas kewangan negara pulih.
BACA: PM: Tol Tak Bagus Untuk Rakyat Malaysia
“Beberapa janji-janji itu, yang kita mahu tunaikan, akan dilaksanakan apabila kewangan negara bertambah baik,” katanya kepada Malay Mail.
Menghapuskan kutipan tol di banyak lebuh raya termasuk dalam 10 janji PH untuk ditunaikan dalam tempoh 100 hari pentadbirannya.
Tambahnya lagi, kerajaan kini tidak ada pilihan selain menunggu keadaan kewangan bertambah baik, namun tidak menolak kemungkinan ianya akan dilaksana dalam 100 hari pertama.
“Kita akan laksanakannya. Kita tidak akan putus asa,” tambahnya.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini memaklumkan kerajaan memerlukan lebih daripada 100 hari untuk menunaikan 10 janji dalam manifesto PH selepas mengetahui keadaan kewangan negara, termasuk hutang dan tanggungan sebanyak RM1 trilion.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Makan Kambing Golek & Beratus Hidangan Berbuka?
- SUMBER
- The Malay Mail Online