Bagi memahami perkembangan dan penyebaran sushi, kita perlu tahu satu perkara: penyejukan moden tidak dicipta sehingga tahun 1930-an. Sebelum itu, orang terpaksa mencari cara inventif untuk memelihara atau menyejukkan makanan mereka agar dapat bertahan lebih lama. Dan dari situlah sushi dicipta – sebagai cara memelihara ikan dari cepat rosak

Sejak ikan pertama kali dibalut dengan beras yang ditapai, sushi sebenarnya telah dicipta di suatu tempat di Asia Tenggara.

Yaa!, maksudnya ia tidak dicipta di Jepun. Sushi moden yang kita makan hari ini adalah sangat Jepun, tapi ia telah dibangunkan di Jepun dari bentuk awal yang datang dari China pada abad ke-7 atau ke-8.

Sebagai penggemar sushi moden, kita mungkin tidak akan mengenali pelbagai sushi Cina kuno sebagai sushi, dan kita pasti tidak sukakan baunya. Sushi moden cukup berbeza dari kejadian asalnya.

Sushi asal dicipta sebagai cara untuk memelihara ikan, kaedah yang digunakan adalah dengan membungkus ikan yang telah “dimasinkan” ke dalam beras yang ditapai. Proses penapaian dalam beras akan memelihara ikan agar tahan lebih lama. Proses ini mengambil masa yang agak lama kerana ia direka untuk memelihara ikan selama beberapa bulan

Bila proses penapaian lengkap, nasi yang telah ditapai akan dikupas, hanya ikan sahaja yang di makan. Jadi beras dalam kes ini hanya berfungsi sebagai pembungkusan, seperti konsep awal pai di Eropah, di mana pastri hanya digunakan untuk melindungi daging di dalam manakala pastri akan dibuang

Beberapa ratus tahun kemudian ketika zaman pertengahan Jepun, Inovasi terbaru dalam men’Jepun’kan sushi telah ditemui, iaitu dengan menambah campuran cuka beras.

Orang-orang Jepun mendapati bahawa menambah cuka beras dalam resipi sushi sangat mengurangkan masa penapaian ikan, dan bagi membolehkan  beras dimakan bersama ikan.

Walaubagaimanapun, masalah bau masih menghantui para pelopor sushi, tetapi menurut beberapa sumber, ia masih boleh diterima. Sekurang-kurangnya kepada orang Jepun zaman pertengahan.

Disebabkan bau itulah maka tercetuslah satu revolisi agung dalam penciptaan sushi. Tiada lagi proses penapaian beras dan hanya cuka digunakan bagi meng’asin’kan sushi. Jadi tiada lagi masalah bau pada sushi hingga apa yang kita kenal sebagai sushi moden sekarang.

Pada sekitar tahun 1750, kepingan rumpai  laut nori telah dicipta dan buat pertama kali sushi terdapat dalam bentuk gulungan. Dan pada ke abad ke-19, seorang penduduk Tokyo, Hanaya Yoshi (atau Yohei), secara umum dikreditkan sebagai pencipta sushi dan nigiri gaya Tokyo.

Ketika itu, sushi di Tokyo  dibuat dari ikan segar yang ditangkap di Tokyo Bay. Kerosakan pada ikan masih menjadi isu, jadi Hanaya Yoshi menyempurnakan teknik nigiri atau gulungan hingga kini dan terus tersebar di seluruh dunia.

Kini terdapat enam jenis sushi iaitu Nigiri, Temaki, Maki, Oshi, Chirashi dan Temari. Jadi yang mana satu sushi kegemaran anda untuk dinikmati waktu berbuka puasa nanti?

Sumber: Cape Town Fish Market Dar Er Salaam, Wikipedia