5 Perkara Mengenai Red Bull Yang Perlu Anda Tahu
Memandu ketika musim perayaan memang sangat memenatkan. Kesesakan lalu lintas adalah perkara yang perlu dihadapai dan tidak dapat dielak pada musim perayaan saban tahun. Untuk rekod ada yang terperangkap dalam kesesakan hingga 10 jam.
Dalam pada itu sudah semestinya anda ada racangan sendiri ketika memandu, sama ada dengan rehat yang secukupnya atau mengambil sesuatu untuk kembali cergas. Sebagai contoh minuman bertenaga.
Jika anda jenis yang mengambil minuman tenaga semasa perjalanan, anda pasti akan membelinya di kedai runcit atau stesen minyak. Sama ada anda bergantung padanya atau sekadar mengambilnya jika perlu. Semestinya anda sudah terbiasa dengan rasa tersendiri Red Bull. Kami senaraikan beberapa perkara yang perlu anda tahu mengenai RedBull
1. Pada mulanya Red Bull adalah minuman untuk pekerja kolar biru di Thailand dengan nama Krating Daeng
Pada tahun 1976 Chaleo Yoovidhya memperkenalkan minuman bernama Krating Daeng di Thailand, yang bermaksud ” gaur merah” dalam bahasa Inggeris. Ia popular di kalangan pemandu dan pekerja trak di Thailand.
Kemudian seorang usahawan Austria Dietrich Mateschitz semasa lawatannya ke Thailand telah mengambil idea ini, mengubahsuai bahan-bahan sesuai dengan selera orang Barat, dan dengan kerjasama Chaleo, mereka mengasaskan Red Bull GmbH pada tahun 1987 di Chakkapong, Thailand.
2. Red Bull mula jadi minuman global
Sejak diperkenalkan, Red Bull telah menembusi pasaran global dengan bilangan 6.3 bilion tin dijual setahun dan mengatasi mana-mana minuman tenaga di dunia.Dibantu dengan pemasaran dan penajaan dalam pelbagai bidang dan jenama Red Bull telah dikenali hampir semua penduduk bumi.
Pemasaran Red Bull juga termasuk kepelbagaian jenama sukan seperti kelab bola sepak RB Leipzig , FC Red Bull Salzburg , FC Liefering , Red Bull Brasil , New York Red Bulls , serta bidang pemotoran iaitu pasukan Formula One Red Bull Racing.
3. Apa isi kandungan Red Bull?
Ramai dari anda masih sangsi tentang isi kandungan dalam satu tin Red Bull. Dan ada juga mengatakan Red Bull terlalu manis. Bergantung kepada negara yang dipasarkan Red Bull mengandungi kafein , taurin , vitamin B (B3, B5, B6, B12) dan gula ( sukrosa dan glukosa ), baking soda dan magnesium carbonate .
Untuk menghasilkan Red Bull Sugarfree, gula sukrosa dan glukosa telah digantikan oleh pemanis acesulfame K dan aspartame / sucralose .
4. Perdebatan mengenai perasa Red Bull
Pada asalnya Red Bull dijual dalam tin berwarna biru dan perak yang tebal serta langsing tetapi hanya terdapat dalam satu rasa. Dan ketika permulaan penjualannya ramai berdebat mengenai rasa yang tidak jelas.
Ada yang beranggapan Red Bull mempunyai rasa buah dicampur dengan sirap bersama gula. Kini Red Bull didatangkan dengan beberapa persa yang jelas dan formula biasa tanpa gula. Tapi untuk pasaran negara tertentu sahaja, tidak terdapat di negara kita.
5. Red Bull diharamkan di beberapa buah negara
Minuman tenaga telah dikaitkan dengan risiko kesihatan, seperti pemotongan kesan mabuk apabila dimakan dengan alkohol, dan pengambilan yang berlebihan atau berulang dapat membawa kepada keadaan jantung dan psikiatri.
Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah (EFSA) menyimpulkan bahawa penggunaan Red Bull dan minuman tenaga popular yang lain adalah selamat dan jumlah kafein dalam tin Red Bull biasa tidak mendatangkan kesan buruk. Minuman tenaga mempunyai kesan kafein dan gula, tetapi tidak ada bukti yang jelas bahawa pelbagai ramuan lain mempunyai kesan.
Red Bull pernah diharamkan di Jerman dan Perancis pada 2004, apabila kajian mendapati sample Red Bull perasa cola mengandungi kokain dan kafien yang berlebihan. Tetapi di Lithuana pengharaman Red Bull masih kekal hingga sekarang.
The Untold Truth Of Red Bull
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ketupat Sotong Jumpa Asam Boi Cili?
Sumber: Wikipedia, YouTube