Tahun 2019: Tiada Lagi Bazar Jalan TAR, Masjid India
Bermula tahun hadapan, bazar di Masjid India dan Jalan TAR yang menjadi tumpuan orang ramai setiap kali musim perayaan akan ditutup secara rasminya selepas lambakan masalah yang tidak dapat diselesaikan.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mohd Amin ia berikutan banyak aduan yang diterima dan sukar untuk diselesaikan.
BACA: 8 Lokasi Popular Untuk Beli Baju Raya ‘Last Minute’
“Kami tidak akan membenarkan sebarang bazar sempena Ramadan atau Deepavali dianjurkan di Jalan Masjid India, Lorong Tuanku Abdul Rahman dan kawasan sekitarnya.
“Sebelum ini, lot bazar telah diberikan kepada persatuan peniaga tetapi terdapat aduan salah urus serta banyak lot yang disewa untuk keuntungan besar daripada pergi ke peniaga miskin,” katanya kepada The Star.
Selain isu kebersihan, masalah pentadbiran serta ketamakan beberapa pihak yang mengambil kesempatan dengan membuat keuntungan peribadi menjadi punca utama penutupan itu dibuat.
Dalam pada itu, pihaknya juga akan mempertimbangkan nasib pasar malam yang sudah menjadi tradisi penduduk Kuala Lumpur dan tidak menolak kemungkinan ia bakal dipindahkan ke lokasi lebih sesuai.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Macam Tak Percaya Ada Mall Murah Macam Ni!
- SUMBER
- Says.com