6 Kebaikan Buah Durian Yang Ramai Tak Tahu!
Sekarang ni kalau buka je media sosial dibanjiri dengan gambar buah durian. Pergi ke mana saja pasti akan dapat lihat gerai menjual buah durian ditepi jalan.
Memang boleh kempunan kalau tak dapat makan. Siapa yang tak sukakan ‘raja buah’ ini. Ramai yang beranggapan buah durian tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak kerana boleh menyebabkan panas badan.
BACA: Aksi Ghairah Dengan Durian, Peminat Raja Buah Marah
Tapi selain rasanya yang sedap, rupanya ramai yang tak tahu buah durian juga banyak kebaikannya.
1. Menguatkan tulang & gigi
Buah durian mengandungi vitamin B1,B2 dan kadar kalsium yang tinggi. Komponen-komponen tersebut memperkuatkan tulang dan gigi tentunya menjaga kesihatan tulang dan gigi anda
2. Awet muda
Buah durian mengandungi sumber vitamin C dan E yang sangat tinggi. Ia mampu menghaluskan dan mencerah kulit malah melambatkan proses penuaan kulit wajah.
3. Mencegah tekanan
Buah durian mempunyai kandungan Tryptopan yang berfungsi membentuk melatonin, serotonin serta niasin yang dapat mencegah stres, kemurungan dan susah tidur (insomia).
4. Mencegah penyakit anemia
Buah durian mempunyai zat besi tinggi yang dapat merangsang pengeluaran haemoglobin yang ada didalam darah dan mencegah terjadinya penyakit anemia.
5. Dapat meredakan sakit perut
Durian mempunyai kesan antatacid semula jadi yang dapat meredakn sakit perut. Kandungan vitamin dan zat lain yang terdapat pada buah durian dapat menghilangkan rasa sakit pada perut.
6. Mencegah & menghilangkan jerawat
Antioksidan yang terkandung dalam durian dapat melawan bakteria yang menjadi penyebab punca jerawat.
ARTIKEL BERKAITAN:
Di China, Musang King Hampir Sama Popular Dengan iPhone X
Harga Musang King Cecah RM800 1Kg
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Penangan Midin Dan Gula Apong Di Sarawak
- SUMBER
- mingguan wanita