Tahan lasak, kalis air dan murah, berikut antara sebab mengapa kasut ‘Adidas Kampung’ menjadi pilihan orang ramai untuk meredah air terutamanya bagi negeri di utara tanah air yang baru-baru ini berdepan bencana banjir.

Dihasilkan tanpa menggunakan sebarang benang atau bahagian berbeza, ‘Adidas Kampung’ ini hampir pasti tidak akan mudah rosak atau hancur.

BACA:  Sampai Kena Potong Dinding

Ia turut menjadi kasut pilihan bagi yang gemar menjalani aktiviti mendaki bukit di sekitar Pulau Pinang sehinggalah ke Gunung Kinabalu.

Sukarelawan yang menghulurkan bantuan ketika banjir besar yang melanda Pulau Pinang turut menyedari kasut ‘Adidas Kampung’ tersebut amat berguna.

Penggunaan getah tebal memberikan si pemakai keselesaan di samping tidak perlu risau untuk membiarkan kasut terkena kotor.

Salah seorang penjual kasut tersebut, Lim Poh Cheoh, 62 tahun mendedahkan bulan lalu sahaja hampir 80 pasang telah dijual.

Dijual dengan harga sekitar RM6 sepasang, tidak hairanlah mengapa kasut ‘Adidas Kampung’ akan terus menjadi pilihan terutamanya di musim banjir.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pekena Roti Celaru & Mancing Tepi Bendang