Sebut saja nama Ahmad Maslan, memang semua tahu bahawa Ahli Parlimen Pontian ini memang sangat suka memasak dan tidak lokek untuk kongsikan resepi masakannya di media sosial.

Ramai yang mengenali bekas menteri ini di atas dua sebab iaitu sering tampil dengan resepi ‘unik’ dan isu GST. Pasti ramai yang masih ingat lagi resepi beliau yang mencetuskan kontroversi iaitu Durian Goreng Telur.

BACA: Ini Resepi Durian Goreng Telur Ahmad Maslan

Nampaknya, kali ini Ahmad Maslan kembali dengan buah tangan baru iaitu Nasi Goreng Strawberi. Kata Ahmad Maslan, resepi ini istimewa kerana buah strawberi dibeli di Cameron Highlands bersempena dengan Pilihan Raya Kecil.

Bahan-bahan untuk membuat Nasi Goreng Strawberi ialah nasi, bawang, telur, bilis, lada, sos cili, kobis, garam, minyak sawit & strawberi dibelah dua.

Rata-rata netizen teruja dengan resepi yang dikongsikan oleh beliau. Ada yang mengatakan beliau seorang yang hebat kerana idea masakannya lain daripada yang lain dan mahu mencuba resepi tersebut.

Seperti biasa ramai yang terhibur dengan resepi luar biasa itu dan rata-rata netizen berpendapat perkongsian bekas menteri kabinet itu tidak pernah mengecewakan.

Kalau anda jenis yang suka mencuba makanan rare dan luar biasa, boleh la ikuti resepi Ahmad Maslan bila sudah tidak tahu nak masak apa.  Sesiapa yang sudah mencuba resepi terbaru ini jangan lupa kongsi dengan kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥