Kita sudah biasa melihat seorang menteri ini berkongsi resepi masakannya di laman sosial Twitter untuk mengajak rakyat Malaysia berjimat dan berkongsi resepi unik ciptaannya.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Ahmad Maslan, baru-baru ini berkongsi resepi ringkas dan cepat untuk dibuat iaitu NGAM (Nasi Goreng Ahmad Maslan) di laman Twitter.

BACA: Ahmad Maslan Ditegur Lagi Masak Berhampiran Penyembur Serangga

Menurutnya, apabila ada masa terluang, dia akan memasak dan berkongsi pelbagai resepi kepada para pengikutnya di laman sosial itu.

Antara bahan yang diperlukan untuk membuat NGAM ialah nasi, bawang, kacang panjang, cili merah, ayam, telor, sos tomato, sedikit garam dan sedikit minyak masak kelapa sawit.

Malah, terdapat beberapa orang yang mahu mencuba resepi NGAM dan ada juga memuji bertuah badan kerana pandai masak.

Mungkin kita boleh ikuti resepi Ahmad Maslan bila sudah tidak tahu nak masak apa ataupun tengah ‘sesak’ di hujung bulan memandangkan bahan-bahan yang digunakan tidak terlalu mahal dan mudah didapati.

ARTIKEL BERKAITAN:
Resepi Terbaru Ahmad Maslan Dikecam
Sejauh Mana Kehebatan KJ Memasak?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Betul-Betul King Crab Fresh Dari Korea!