Sebagai sebuah negara yang memiliki budaya pemakanan yang harmoni dan pelbagai, menu kegemaran rakyat Malaysia kini sudah terkenal di serata dunia.

Memiliki pelbagai jenis ragam dan budaya, Malaysia sinonim juga dengan warna-warni makanan. Ini meletakkan negara kita sebagai syurga makanan.

Dari ikon sarapan Asia seperti Nasi Lemak yang pernah tersenarai sebagai ‘Sarapan Berkhasiat’ oleh majalah TIME hingga ke  segelas air mata kucing yang sejuk dan ‘kaw’.

Kini air mata kucing tersenarai sebagai 50 minuman terlazat di dunia.

BACA: Ini Sebab Nasi Lemak Masuk Majalah Time

Air mata kucing sebagai minuman terlazat di dunia

Laporan yang dikemaskini bertarikh April 2018, CNN travel meletakkan Air Mata Kucing antara 50 minuman tempatan terlazat di dunia. Imej dari CNN

Air mata kucing lazimnya anda akan jumpa di pasar malam. Segelas air mata kucing hanya serendah Rm1.20 di sesetangah tempat. Rasanya yang manis dan sedikit hangit itu pasti dapat menghilangkan dahaga.

Bagi setiap gelas atau cawan plastik yang anda beli pasti akan disertakan dengan 2 atau 3 ketul buah longan.

Oleh kerana kelazatan minuman rakyat ini sejak dari dulu lagi portal berita antarabangsa CNN Travel telah menyenaraikan air mata kucing Malaysia sebagai antara 50 jenis minuman yang terlazat di dunia.

Dalam artikal CNN Travel yang dikemaskini bertarikh 8 April 2018 antara lain menyebut ”Minuman rakyat dengan formula unggul dan sangat lazat” telah menjadikan air mata kucing sebagai salah satu minuman tempatan pilihan rakyat dan sangat murah.

Dalam artikal CNN travel itu juga turut menyenaraikan Cendol Indonesia dan Teh Ais Thailand sebagai minuman tempatan terlazat di dunia.

Minuman ringkas yang anda boleh buat sendiri di rumah

Buah Longan Kering bagi menghasilkan air mata kucing boleh didapati di pasaraya. Imej dari VitaminMalaysia

Air berwarna coklat pekat tetapi jernih itu dihasilkan dengan buah longan kering, buah lo han dan gula batu. Bahan-bahan bagi menghasilkan air mata kucing ini sangat mudah untuk diperolehi.

Minuman yang mula dipopularkan oleh masyarakat Cina itu sebenarnya tidak sukar dibuat sendiri di rumah.

Hanya dengan mereneh campuran bahan-bahan seperti buah longan kering, buah lohan dan gula batu mengikut selera dan air selama hampir sejam.

Jadi bagi anda yang ingin mencuba buat sendiri air mata kucing seperti di pasar malam kami sediakan resepi air mata kucing sedap untuk anda.

Bahan-bahannya:

  1. Buah longan kering secukupnya
  2. 1 buku gula Melaka
  3. 2 buku gula batu
  4. Gula mengikut kemanisan
  5. Air secukupnya
  6. Daun pandan di simpul

Cara Penyediaannya:

  1. Cuci buah longan kering  hingga bersih
  2. Masukkan dalam periuk bersama air dan daun pandan dan rebus hingga kembang dengan api sederhana.
  3. Masukkan pula gula Melaka dan gula batu dan masak hingga gula hancur dan sedikit pekat.
  4. Perasakan dengan gula.

Siap dihidangkan panas atau sejuk.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Ketam Di Setapak

Sumber: CNNTravel, rujukanniaga