Sebut je kedai ECO 2 Ringgit, pasti ramai yang tahu kedai serbaneka popular tersebut. Paling best, semua barangan di kedai tersebut berharga RM2. Kalau sekali pergi, memang rasa nak borong satu kedai.

Jika anda jenis yang suka mengemas dan membersihkan rumah, tak lengkap rasanya jika anda tak ada barang-barang berguna ini yang memang berbaloi untuk dibeli. Lebih seronok, barang-barang ini mempunyai kualiti walaupun harganya sangat murah.

BACA: Ini Antara Barang Berguna Yang Anda Mesti Beli Di Daiso

Disebabkan harganya yang murah, ramai juga yang obses dalam masa yang sama boleh berjimat. Dikongsikan oleh Noor Hafizah di Facebook, ini antara barangan yang sangat membantu suri rumah yang selalu buat kerja rumah.

Plastik sampah wangi

Sebelum ni duk beli kat tesco mahai kemain hahaha nasib dh jumpa kat kedai ECO. Memang wangi, kami letak dlm bilik n dapur. Wangi sungguh. Ni kalau buang pampers anak elok sangat lah.

Washable sticky roll

Sebelum ni kami guna roller Ikea tu. Lepas dah jumpa yang ni siap boleh basuh lagi. Rasa lagi jimat kot. Sebab ni benda wajib ada kat rumah.

Fungsi :
Selain buang bulu2 kecik.
Boleh juga kutip rambut-rambut kecik or habuk kat karpet kalau malas guna vacuum!

Stain remover

Sejenis peluntur sama macam clorox. Tuang dalm mangkuk tandas biaq 15minit macam tu pastu flush tak payah gosok hilang segala kotoran. Untuk lantai pon boleh tuang pastu biar sekejap. Baru cuci ye. Elakkan kena kulit ye.

Super Tot pencuci lantai

Walaupun RM2.12 tapi dia punya fungsi memang berguna. Wangi dan berkilat. Dia punya wangi tu wangi sungguh. Yang penting tak payah nak bilas dan tak melekit.

Microfibre cloth

Cara paling cepat dan senang nak lap habuk tak payah pakai bulu ayam bagai bukan lagi bersih lagi habuk merata. Guna yang ni paling senang dan paling bersih. Sarung ja kat tangan pastu lap lah mana tempat yang berhabuk tu. Wajib beli!

Tisu basah

Ni kalau nak lap kotoran dekat meja makan atau atas perabot. Mudah kan!

Pencuci Tandas

Ni untuk cucian mingguan je. Tak sekuat stain remover. Tapi boleh tahan utk kotoran biasa!

Korang tunggu apa lagi, cepat-cepat serbu kedai ECO 2 Ringgit untuk dapatkan kesemua barangan tersebut. Memang mudah buat kerja rumah lepas ni.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Ketam Di Setapak 🔥🔥🔥