AirAsia sememangnya terkenal dengan penerbangan tambang murah pasti menjadi pilihan anda untuk pergi bercuti ke dalam atau luar negara.

Anda pasti tidak mahu beratur panjang untuk daftar masuk penerbangan bukan? Syarikat penerbangan tambang murah ini bakal memperkenalkan daftar masuk menggunakan wajah tidak lama lagi. Canggihnya!

BACA: Gadis Korea Suri Hati Tony Fernandes

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata dia melihat syarikatnya sebagai sebuah syarikat Internet kerana mereka mempunyai potensi besar dalam Internet.

Ia disebabkan oleh Kumpulan AirAsia telah melabur atau memulakan beberapa usaha, seperti AAE Travel (usahasama antara AirAsia dan Expedia), Pusat Kecemerlangan Penerbangan Asia, Think Big Digital (usahasama antara AirAsia dan Tune Money yang mengendalikan program AirAsia BIG Loyalty) di mana ia turut mempunyai 40% kepentingan dalam Tune Money.

Menurutnya, mereka sedang berusaha untuk meningkatkan teknologi AirAsia dan berusaha keras untuk berada di hadapan teknologi terkini.

“Kami sedang bekerjasama dengan permulaan yang mengkhususkan diri dalam teknologi pengenalan wajah, supaya tidak lama lagi, anda akan dapat terus masuk ke dalam pesawat,” jelasnya.

Bukan itu saja, dalam beberapa minggu lagi anda akan dapat mendaftar masuk menggunakan aplikasi mudah alih. Malah, anda boleh mencetak pas masuk di rumah sendiri.

Senang la lepas ni jika kita mahu pergi melancong dengan pelbagai usaha dilakukan oleh AirAsia untuk memudahkan penumpang menaiki penerbangan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:
AirAsia Tawar 5 Juta Tempat Duduk
AirAsia Batal 32 Penerbangan Ke Bali

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138