Sebut je AirAsia pasti semua tahu syarikat penerbangan tersebut sangat sinonim dengan tambang murah dan popular dengan pelbagai promosi. Nampaknya AirAsia kembali lagi dengan promosi terbaru.

Lebih menarik, pada promosi kali ini memang luar biasa kerana AirAsia menawarkan harga penerbangan sehala dengan harga serendah RM0.10 sahaja. Memang murah betul!

BACA: Ini Koleksi Gambar Pekerja AirAsia Cium Bagasi

Promosi tersebut bersempena dengan kemenangan AirAsia sebagai syarikat penerbangan kos rendah terbaik dunia sepuluh tahun berturut-turut oleh Skytrax.

Harga serendah RM0.10 hanya ditawarkan khas buat ahli BIG manakala bagi mereka yang bukan ahli ditawarkan dengan harga RM5.10. Anda boleh tempah sekarang dan waktu perjalanan bermula 1 November 2018 hingga 13 Ogos 2019.

Mengenai laluan yang ditawarkan secara promosi oleh AirAsia, anda boleh layari laman web rasmi AirAsia untuk mengetahui lebih lanjut. Untuk mereka yang kaki travel tu, cepat tempah tiket penerbangan anda memandangkan dah nak hujung tahun dah, memang waktu sesuai untuk bercuti!

ARTIKEL BERKAITAN:
Keretapi Paling Curam Telah Beroperasi
Mengajar Kelas Al-Quran Dalam Jet Mewah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Tak Payah Beratur Pun Beli Kuih Keria Kat Melaka