AirAsia Tawar Tambang Murah Sempena PRU14
Beberapa hari lalu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh Pilihan Raya ke-14 jatuh pada 9 Mei depan. Berbeza dengan tahun sebelum ini, waktu mengundi selalunya diadakan pada hari minggu. Namun kali ini hari mengundi jatuh pada hari bekerja iaitu hari Rabu.
Rata-rata rakyat Malaysia tidak berpuas hati kerana hari tersebut jatuh pada hari bekerja dan kemungkinan tidak sempat untuk pulang ke kampung.
BACA: Ini Koleksi Gambar Pekerja AirAsia Cium Bagasi
Prihatin dengan suara rakyat, menerusi laman Twitternya, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mengumumkan berita gembira dengan menawarkan tambang khas untuk ke Sabah dan Sarawak pada 8 dan 9 Mei nanti.
Tambang dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru untuk ke Sarawak ditetapkan pada RM120 sehala, manakala Sabah RM199 sehala. Harga tiket ke semenanjung barat pula ditawarkan pada RM99 sahaja.
Orang ramai hanya boleh membuat tempahan tiket bermula Isnin depan iaitu 16 April nanti.
Menurut Tony Fernandes, pesawat lebih besar akan turut digunakan pada hari tersebut untuk menampung jumlah penumpang yang tinggi pada hari berkenaan.
Terima kasih AirAsia kerana prihatin dengan keluhan rakyat yang mahukan terbaik untuk Malaysia di masa akan datang!
ARTIKEL BERKAITAN:
Keretapi Paling Curam Telah Beroperasi
Mengajar Kelas Al-Quran Dalam Jet Mewah
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Tak Payah Beratur Pun Beli Kuih Keria Kat Melaka
- SUMBER
- Oh Bulan