Baru-baru ini, tindakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim membelanja rakyat Johor di pasar raya Aeon Tebrau menjadi perhatian netizen.

Mana tidaknya, TMJ dilapor membelanjakan kira-kira RM1 juta di pasar raya tersebut dan dianggarkan setiap pelanggan berpeluang membeli barangan sehingga RM3,000.

BACA: TMJ Belanja Rakyat Johor RM3,000 Setiap Seorang

Namun, selepas insiden tersebut rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan TMJ itu.

Tular satu posting di Twitter menunjukkan keadaan di kaunter bayaran yan bersepah dengan barangan keperluan yang rosak dan dibiarkan begitu sahaja.

Ramai tak sempat bayar & barang dibiarkan macam tu je

“Ini apa yang berlaki selepas ramai yang tak sempat bayar di kaunter Aeon Tebrau. MashaAllah. Sedih sangat.”

Bukan itu saja, bagi rakyat tindakan TMJ itu juga dilabel agak kurang bijak kerana memilih Aeon untuk membelanja rakyat sedangkan golongan susah tidak membeli di pasar raya tersebut kerana harga yang ditawarkan agak mahal.

Orang miskin tak berbelanja di Aeon

 

Apa-apa pun tindakan TMJ untuk membantu rakyatnya harus dipuji dan diharap boleh diperbaiki untuk masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN:
Sultan Johor Pemegang Saham Kedua Terbesar 7 Eleven
“Kalau Anak Jantan, Lawan Dengan Pasukan Johor”
Inilah Makanan Tradisional Johor Yang Tak Ramai Tahu

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Yang Kami Sempat Makan Di Johor Bahru?