Sedang hangat dan menjadi trend sekarang adalah McFlurry Durian D24 yang dijual oleh McDonalds sehinggakan orang sanggup beratur untuk dapatkannya. Itu cerita di Malaysia dan siapa sangka sebuah kedai aiskrim di Jerman telah memperkenalkan aiskrim berperisa kari Maggi sehingga menjadi kegilaan di sana.

BACA: Koleksi Twitter KJ & Rimau Yang Mencuit Hati

Seorang chef, Uwe Hoffmann, 54, telah memberi kelainan apabila mencipta resepi aiskrim berperisa Maggi kerana bahan perisa jenama tersebut menjadi kegilaan masyarakat Saarbruecken, sebuah bandar di Jerman.

Menurut Hoffmann, orang di sana mencampurkan perisa Maggi hampir dengan segala makanan seperti pasta, salad, sup, pizza mahupun telur.

Gambar: Star

Kenyataan itu turut diakui oleh jurucakap Maggi di Frankfurt kerana jumlah pengemar perisa Maggi di tempat itu tinggi permintaannya.

Aiskrim berperisa Maggi itu turut ditaburkan dengan serbuk kari bagi memberi rasa yang lebih kuat dan juga disertakan dengan biskut bergaram.

Namun begitu bagi wakil Persatuan Pembuat Ais Krim Itali merasakan aiskrim perisa Maggi ini tidak akan menjadi kegilaan yang lama dan orang ramai akan tetap mengemari aiskrim perisa klasik seperti coklat ataupun vanila.

VIDEO: Sedut Lamb Shank Sampai Puas Hati! 🔥 🔥 🔥

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram