Biasanya kita lihat anjing menjadi haiwan yang mengikut polis untuk meronda kawasan. Namun, di New Zealand pula terdapat seekor kucing memakai ‘vest’ polis yang akan menemani polis meronda dan membuat kerja sambil mencari ‘penjenayah’ seperti tikus. Comelnya!

BACA: Mata Kucing Dicungkil, Pengguna Laman Sosial Berang

Nama polis peronda cilik itu ialah Tia dan dia merupakan sebahagian daripada kumpulan anggota polis New Zealand yang ditugaskan untuk meronda dan mencari tikus dengan menghidu sekitar kawasan ofis.

Sumber dari facebook.com

Kebiasaannya, Tia akan tidur selepas bekerja selama 30 minit di atas kerusi mereka. Tikus pun takut jika melihat Tia lengkap memakai vest polis jika terserempak.

Kehadiran Tia disenangi oleh anggota polis di sana dan menyayanginya seperti haiwan peliharaan sendiri. Semoga terus berbakti kepada polis dan negara!

ARTIKEL BERKAITAN:
Gelagat Kanak-Kanak ‘Sembelih’ Kucing Dengan Tenang
Aksi Cemas Bomba Selamatkan Kucing
500 Kucing Nyaris Jadi Santapan Manusia

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Yang Best Di Sungai Petani?