Ramai yang masih tidak tahu bahaya jika menikmati makanan pedas. Seorang wanita yang melakukan cabaran makan mi segera pedas terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami cirit birit berdarah dan tidak serik untuk menyahut cabaran itu lagi.

Shannen Goulding, ditahan di hospital selama empat hari selepas mengalami pendarahan di bahagian punggungnya sehari selepas makan mi ramen pedas popular. Hasil pemeriksaan mendapati, Shannen mengalami peringkat awal penyakit radang usus.

BACA: Gila Ramen Pedas? Ini Mungkin Boleh Terjadi Pada Anda!

“Saya ingat saya akan dapat menyelesaikannya tetapi saya tidak menyangka saya akan dimasukkan ke hospital. Selepas kami makan, saya mula rasa sakit.

“Pada keesokan harinya, ketika saya pergi ke tandas, hanya darah yang keluar. Saya memberitahu doktor dan jururawat mengenainya dan mereka hanya ketawakan kepada saya. Saya mendapati bahawa mi pedas telah menyebabkan pendarahan tersebut.

Walaupun doktor sudah memberikan amaran, Shannen nekad untuk menyahut cabaran itu lagi namun kali ini dengan mi yang lebih pedas lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Kambing Golek & Beratus Hidangan Berbuka?