Sekarang ini ramai yang mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dan semua kerja jadi lebih mudah dengan adanya media sosial. Juallah apa saja, pasti akan ada pembeli.

Sama seperti seorang wanita ini, Julia Ayunny Hazwani Jafri, 23 tahun, tidak menyangka brownies yang dipelajari menggunakan resepi dari internet itu mendapat sambutan luar biasa.

BACA: Kek Milo 3 Bahan Paling Senang Boleh Buat Raya Ini!

Kata Julia lagi, sejak mengusahakan jualan brownies menerusi atas talian pada Februari lalu, hampir 1,200 biji terjual dalam masa sebulan.

Julia yang merupakan bekas jurujual sebuah syarikat swasta mendapat idea untuk menjual brownies selepas mendapat tempahan daripada seorang rakan.

“Selepas menyiapkan kek itu, saya berkongsi gambarnya di laman sosial sebelum ia ditempah seorang rakan yang ingin merasainya dan bermula daripada situ, saya mendapat idea untuk menjual brownies kepada rakan terdekat.

“Saya menerima 10 tempahan pertama sebelum kuasa tular menyebabkan kek disediakan itu kian mendapat sambutan sehingga mendorong saya berhenti kerja dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan ini,” katanya kepada Harian Metro.

Dibantu oleh suami, wanita dari Kampung Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu itu memberitahu, dia kini menerima purata tempahan 25 hingga 40 kek brownies sehari. Jika anda ingin mencuba brownies sedap ini, boleh ke Instagram Ayunny Bakery untuk tempahan.

Bak kata orang, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Harap kisah Julia ini boleh menjadi inspirasi anak muda diluar sana untuk gigih dalam melakukan apa saja kerana rezeki ada dimana-mana.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kek Batik & Agar-Agar Horlicks