Anak Cari Ibu & Ini Kisah Pertemuan Mereka
Siapa sangka hanya dengan media sosial, mampu mempertemukan kasih yang terpisah antara seorang ibu dan anak.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, YunRazak menggunakan kuasa viral untuk mencari ibu kandungnya yang sudah 22 tahun terpisah.
Bakal berkahwin tidak lama lagi, Yun berharap dia dapat bertemu dengan ibunya semula. Yun memuat naik gambar ibunya di Twitter dan meminta warga Twitter untuk membantu mencari ibunya.
Menurut Yun, ibu kandungnya terpaksa menyerahkannya kepada orang lain kerana menghadapi beberapa masalah dan dia mengetahui status tentang dirinya sejak darjah 6 lagi.
Dah 22 tahun & nak kahwin, harap mama ada nanti
Sekarang bekerja di tempat mama kerja
Rupanya mama pernah cari balik, tapi tak jumpa
Hebat betul kuasa media sosial. Akhirnya..
Sekarang ada dua insan penting dalam hidupnya
- SUMBER
- CariForum