Kehilangan pesawat MH370 menjadi berita tergempar dan terbesar dalam sejarah penerbangan Malaysia pada empat tahun lalu.

Untuk pengetahuan anda, pesawat MH370 dikesan hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

BACA: Lelaki Bogel Dalam Pesawat Ke Bangladesh

Apa yang menggerunkan, kehilangan pesawat itu dikaitkan dengan lautan ketiga terbesar dunia iaitu di lautan Hindi. Berikut merupakan 10 faktor lautan Hindi yang anda perlu tahu:

1. Benua

Ia terletak di pinggir benua Antartika dan merupakan kawasan paling terpencil serta menakutkan.

2. Lautan ketiga terbesar dunia

Lautan Hindi merupakan lautan ketiga paling besar di dunia yang meliputi 20 peratus permukaan air bumi.

3. Ombak tinggi

Selain itu, lautan ini sentiasa bergelora ekoran kelajuan angin setinggi 40 knot (74 kilometer sejam) dan ombak setinggi 10 meter.

4. Cuaca tak menentu

Malah, ia juga merupakan lautan paling ganas di dunia dan disertakan dengan perubahan iklim.

5. Tiada hidupan laut

Malah, hidupan laut tidak hidup di lautan ini kerana kadar kepanasannya tidak sesuai untuk mereka.

6. Memiliki hidrokarbon tinggi

Lautan Hindi memiliki kepekatan hidrokarbon tinggi serta kadar keseimbangan air yang negatif pada tahap maksimum.

7. Kandungan oksigen rendah

Oleh kerana kandungan oksigen yang rendah di kawasan tersebut, ia membuatkan peratusan hidupan laut yang hidup di sana amat terhad.

8. Sering berlaku pencemaran

Difahamkan, lautan itu sering berlaku pencemaran akibat tumpahan minyak kapal hampir setiap tahun.

9. Kadar air masin tertinggi dan terendah dunia

Lautan ini dilaporkan mempunyai kadar air masin tertinggi dan terendah di dunia.

10. Sebuah benua tenggelam di dalam lautan

Sebuah benua dilaporkan tenggelam di lautan tersebut dikenali sebagai Dataran Tinggi Kerguelen, iaitu berasal dari gunung berapi.

Walaupun kelihatan agak mustahil untuk menjumpai serpihan atau bangkai pesawat MH370 di lautan menakutkan itu, kami berharap pihak penyelamat yang terlibat akan menjumpai bukti-bukti penting sepanjang pencarian dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lelaki Tak Berhenti Kentut, Pesawat Mendarat Cemas
Mengajar Kelas Al-Quran Dalam Jet Mewah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Baru Nasi Kandar Di Penang?