Ramai yang sangka penerima gaji CEO tertinggi di Amerika Syarikat mungkin disandang oleh CEO Google, Sundar Pichai atau CEO Facebook, Mark Zuckerberg. Namun kini tidak lagi apabila rakyat kelahiran Malaysia yang memegang gelaran tersebut.

Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ), anak Malaysia tersebut Tan Hock Eng yang berasal dari Pulau Pinang, yang juga CEO Broadcom menduduki tempat pertama sebagai penerima gaji CEO tertinggi di Amerika Syarikat.

BACA: 10 Kerja Dengan Gaji Lumayan Di Malaysia Tahun 2017

Tan Hock Eng menerima gaji tahunan sebanyak AS$103.2 juta (RM407.9 juta) pada tahun lalu. Memetik laporan WSJ, gaji asas Tan sebenarnya hanya berjumlah AS$1.1 juta (RM4.35 juta).

Selebihnya diperoleh dari keuntungan sebagai pemegang saham Broadcom bernilai AS$98.3 juta (RM388.6 juta) dan bonus prestasi AS$3.7 juta (RM14.6 juta).

Gaji yang diterima olehnya itu mengatasi gaji yang diterima individu di tempat kedua, CEO CBS, Les Moonves yang memperoleh AS$69.3 juta dan CEO pengeluar komponen aeroangkasa Transdigm, W Nicholas Harvey (AS$61 juta).

Tahniah diucapkan buat Tan Hock Eng di atas kejayaan beliau. Kejayaan ini sekaligus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Punca Pekerja Pakai Topi Keledar Dalam Pejabat
Kena Pecat Kerja Sebab Tapau Makanan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan Burger Nasi Lemak Di Singapore (ENG SUB)