Sekarang ini demam Piala Dunia sedang melanda para peminat sukan bolasepak. Namun, siapa sangka impian Malaysia untuk ke Piala Dunia menjadi kenyataan apabila seorang anak Malaysia berusia 14 tahun terpilih untuk terbang ke Rusia.

Adam Riezman, pelajar tingkatan dua dari SMK Meru, Klang ini bukan saja dapat menyaksikan perlawanan Piala Dunia secara langsung malah turut mencatat sejarah apabila dia merupakan anak Malaysia pertama terpilih sebagai pembawa bola pada perlawanan di antara Sepanyol dan Rusia pada 1 Julai lalu.

BACA: Anak Malaysia Gaji CEO Tertinggi Di AS RM408 Juta

Adam yang merupakan pemain Akademi Bolasepak Merah Kuning ini menjuarai Kejohanan Kids Skills Competition anjuran KIA yang menawarkan hadiah wang tunai RM800 serta berpeluang menjadi pembawa bola dalam pusingan kedua Piala Dunia.

Diberi gelaran Adam CR, pelajar ini sangat meminati Cristiano Ronaldo dan mengakui kecewa kerana tidak dapat menjadi pembawa bola dalam perlawanan membabitkan Portugal.

“Saya memang sangat teruja kerana untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia secara langsung memang menjadi impian semua orang.

“Saya memang sedikit kecewa kerana Portugal tidak menjadi juara kumpulan B. Kalau tidak mungkin saya akan berpeluang berjumpa Ronaldo dengan lebih dekat,” katanya kepada Sukan Sinar.

Jika seorang pelajar berusia 14 tahun berjaya merealisasikan impiannya untuk ke Piala Dunia, siapa tahu pasukan kebangsaan Malaysia pula yang akan beraksi di Piala Dunia suatu hari nanti.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Punca Pekerja Pakai Topi Keledar Dalam Pejabat
Kena Pecat Kerja Sebab Tapau Makanan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan Burger Nasi Lemak Di Singapore (ENG SUB)