Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan enam lagi jenama sardin yang ditarik semula penjualannya di pasaran selepas disahkan mengandungi cacing. Berikutan itu, ramai yang meluahkan rasa ragu-ragu dan takut untuk membeli sardin dalam tin.

Tapi, sebenarnya anda boleh buat sendiri sardin di rumah. Apa yang pasti, kebersihannya lebih terjamin dan bebas dari bahan pengawet. Paling penting lebih menjimatkan kerana harga sardin dalam tin sekarang boleh tahan mahal.

BACA: 6 Lagi Jenama Sardin Disahkan Ada Cacing

Bahan-bahan:

  • 1 kg ikan sardin (buang kepala & ekor)
  • 2-3 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 2 biji timato (dipotong dadu)
  • 1 sudu besar tomato puri
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 keping asam keping
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air
  • sedikit garam & perisa

Cara membuatnya:

1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia sebentar di dalam periuk tekanan tinggi (pressure cooker)

2. Masukkan tomato diikuti bahan-bahan sos cili, sos tomato, cili kisar dan tomato puri, kacau sebati

3. Masukkan air setengah cawan dan gaul rata.

 

4. Tambahkan garam dan perasa

5. Masukkan ikan dan tutup periuk. Setkan selama 60-90 minit. Masak sardin hingga betul-betul lembut (sampai tulang ikan rapuh)

Info tambahan:

1. Simpan di dalam bekas kering dan simpan di dalam peti sejuk selama sebulan atau lebih tanpa bahan pengawet.

2. Boleh masak menggunakan periuk biasa, cuma perlu di kacau selalu agar ikan tidak melekat dan perlu menjaga api. Guna api yang tidak terlalu besar.

Selamat mencuba!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sedapnya Ayam Telur Masin! Senang Je Nak Masak