Baru-baru ini, pilihan raya serantau telah diadakan di Indonesia bagi menentukan pemimpin untuk 171 wilayah di negara itu.

Namun, apa yang menjadi perhatian bukanlah calon yang bertanding, tetapi salah satu pusat mengundi di Kampung Randarusi dipenuhi dengan ‘hantu’.

BACA: Hantu Putih Panjat Tiang Tipu Rakyat Malaysia

Ia bukan rekaan semata-mata. Pusat mengundi berkenaan memilih tema hantu dan pegawai yang bertugas mebawakan watak sebagai pocong dan pontianak. Siap dengan muzik menyeramkan pula tu.

Lebih menyeramkan, perkampungan tersebut terletak berdekatan dengan bekas tapak tanah perkuburan sesuai dengan tema tersebut.

Bukan mahu menakutkan para pengundi, namun tujuan tersebut adalah untuk menarik perhatian lebih ramai orang untuk hadir dan datang mengundi. Penduduk tempatan juga turut dibayar untuk menyiapkan hiasan dan memakai pakaian menyeramkan.

TPS Horor…..Pocong boleh nyoblos.Salah satu TPS Unik di TPS 007 Gunung Brintik Bergota – semarang

Posted by Bambang Budiono on Selasa, 26 Jun 2018

Selain tema hantu, sebuah lagi pusat mengundi di Kupang turut serta memeriahkan lagi pilihan raya dengan memilih tema Piala Dunia yang sedang berlangsung. Memang meriah betul hari mengundi di sana, siap ada tema.

Bagus juga idea mereka tampil dengan tema tersendiri untuk menarik ramai orang keluar mengundi.  Best juga kalau buat tema macam ni di Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Mabok Di Melaka???