Setiap kali bulan puasa, tak sah rasanya kalau tak singgah ke bazar Ramadan. Jika ke Bazar Ramadan di perkarangan Stadium Darul Aman, pasti ramai yang akan singgah ke gerai yang menjual teh ais ini.

Mana tidaknya, ramai yang nak berjumpa dengan gadis ‘mulut manis’ ini yang kini menjadi perhatian ramai dan tular di media sosial.

BACA: Teh Ais Besar Sangat, Kena Ikat Gaya Tocang

Dengan hanya menggunakan ayat-ayat manis dan keramahan Sharifah Nazirah Sayed Jamaludin, 18, membolehkan Teh Ais gerai milik bapa saudaranya terjual 1,500 bungkus setiap hari.

“Abang handsome, kakak lawa macam Neelofa itu jemput singgah beli teh ais di sini, satu RM3 sahaja,” lapor Harian Metro.

Menurut bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane, dia sememangnya seorang yang sangat ramah sejak dulu lagi.

“Mungkin kerana itu saya dijemput pemilik gerai yang juga bapa saudara, untuk membantu di gerai mereka sepanjang Ramadan ini.”

Bakal menuntut dalam bidang Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Kuantan, Nazirah berniaga bagi menambah pendapatan untuk melanjutkan pelajaran, dalam masa sama membantu bapa saudaranya.

Tapi rasanya ramai yang nak melihat gadis ini bukan saja sebab bermulut manis, tapi orangnya pun menawan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

100 Pilihan Steamboat, Kerabu Mangga Melimpah 🔥😳🔥😳