Arab Saudi Benarkan Guna Visa Umrah Lawat Semua Bandar
Isnin lalu, kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa jemaah luar yang menunaikan umrah dibenarkan untuk melawat semua bandar di negara tersebut dengan hanya menggunakan visa umrah mereka selama 30 hari.
Menurut Ketua Kementerian Haji dan Hal Ehwal Umrah Abdulaziz Wazzan, bagaimanapun dalam tempoh 30 hari itu, 15 hari mesti dihabiskan dengan melawat dua masjid besar di Mekah dan Madinah.
BACA: Rakyat Malaysia Dilarang Kahwin Di Mekah
Dalam kenyataan itu juga turut menyebut, umrah dibuka kepada semua umat Islam selama 10 bulan dan Arab Saudi mengalu-alukan kedatangan semua umat Islam dari serata dunia.
Difahamkan, sebanyak 8.5 juta visa umrah akan dikeluarkan dalam tempoh 10 bulan. Tahun lalu, lebih 7 juta visa telah dikeluarkan.
Langkah itu dilaksanakan oleh Arab Saudi bagi mempromosikan industri pelancongan negara tersebut.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
VIDEO: Awat Nama Dia Siakap & Daging Lempaq? 😡
- SUMBER
- SaudiExpatNews