Walaupun diharamkan oleh kerajaan awal tahun ini, teksi motor kembali menawarkan menawarkan pekhidmatan kepada orang ramai sejak dua minggu lalu.

Perkhidmatan teksi motosikal itu digantung hampir setahun selepas kajian mendapati ianya boleh mendatangkan pelbagai risiko dan membahayakan pengguna.

BACA: Jalan Di KL Sesak? Cuba Teksi Helikopter Ini

Pengasas Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj berkata pihaknya mengambil keputusan mengaktifkan semula perkhidmatan itu berikutan menerima permintaan tinggi. Ramai yang memilih perkhidmatan teksi motor itu untuk mengelak kesesakan lalu lintas, sekali gus menjimatkan masa perjalanan mereka.

Pihaknya turut melakukan beberapa penambahbaikan bagi menjamin keselamatan penunggang dan pembonceng. Penunggang juga hanya beroperasi dalam lingkungan tiga kilometer dan mereka dipantau Sistem Pengesanan Global (GPS).

Foto: Harian Metro

“Kualiti perkhidmatan dipertingkatkan, kami menetapkan penunggang wanita hanya boleh membawa pembonceng yang sama jantina saja dan begitulah sebaliknya kerana tak mahu timbul pelbagai isu kelak.

“Selain itu, penunggang Dego Ride hanya dibenar beroperasi dalam radius tiga kilometer saja, pergerakan mereka juga dipantau dengan bantuan Sistem Pengesanan Global (GPS)” katanya kepada Harian Metro.

Mengakui beroperasi tanpa kebenaran namun pihaknya sedia berjumpa dengan pihak berkuasa untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan teksi motor itu memandangkan pihaknya mendapat permintaan beroperasi di Johor Baru dan Pulau Pinang.

angan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱