Nampaknya jenama coklat wafer terkemuka, Kit Kat tampil dengan perisa baharu yang begitu dekat dengan selera rakyat Malaysia. Buat peminat coklat wafer KitKat, kini anda boleh menikmati perisa terbaru mereka iaitu Teh Tarik. Dikhabarkan, perisa baharu ini dijual di Singapura terlebih dahulu.

Apa yang menarik mengenai KitKat Milk Tea Duo ialah wafernya mempunyai dua lapisan iaitu lapisan teh tarik di atas dan coklat dibawahnya. Setakat ini KitKat Teh Tarik tersebut hanya boleh didapati di Petronas Mesra dan Pasaraya Giant.

BACA: 9 Jenis McFlurry Seluruh Dunia

Masa mengeteh tarik! Cubalah KITKAT Duo BAHARU! Dengan perisa Teh Tarik dan Coklat, sedap jadi lagi best!Dapatkannya…

Posted by KitKat on Rabu, 12 September 2018

Menerusi Facebook rasmi KitKat Malaysia, rata-rata netizen teruja untuk mencuba perisa baharu tersebut. Tidak kurang juga ada netizen yang berseloroh mahu melihat syarikat tersebut tampil dengan perisa lain pula selepas ini.

Lepas ni boleh buat KitKat perisa teh ‘o’ ais limau

Tunggu apa lagi, bolehlah ajak rakan-rakan dan keluarga anda untuk singgah sebentar di stesen Petronas Mesra dan Giant berhampiran.

ARTIKEL BERKAITAN:
7 Menu McD Yang Tiada Di Malaysia
Kerana Sos, McD USA Diserbu Teruk

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan Burger Nasi Lemak Di Singapore (ENG SUB)