Arab Saudi Benarkan Pelancong Bukan Mahram Tinggal Sebilik
Sebelum ini Indonesia mengharamkan pelancong belum berkahwin bersekedudukan di Bali. Namun berbeza di Arab Suadi dimana kerajaan mereka membenarkan pelancong asing bukan mahram tinggal sebilik di hotel tanpa perlu membuktikan status hubungan.
Ia berikutan selepas kerajaan Arab Saudi melacarkan satu visa pelancongan baru untuk menarik lebih ramai pelancong ke negara mereka.
BACA: Arab Saudi Benarkan Guna Visa Umrah Lawat Semua Bandar
Selain itu, perubahan baharu adalah kaum wanita termasuklah warga tempatan juga dibenarkan menyewa bilik persendirian.
Perlaksanaan tersebut adalah untuk memudahkan wanita yang melancong bersendirian selain membolehkan pasangan yang tidak mempunyai hubungan sah menginap bersama di negara tersebut.
Perlaksaan terbaru itu disahkan oleh Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Saudi pada Jumaat lalu.
“Semua rakyat tempatan diminta menunjukkan pengenalan diri atau hubungan sesama mereka apabila mendaftar masuk ke hotel.
“Ini bagaimanapun tidak diperlukan untuk pelancong asing. Semua wanita termasuk dari Arab Saudi juga boleh menginap bersendirian asalkan memberikan pengenalan diri ketika mendaftar masuk,” katanya.
Walaupun begitu, etika pemakaian masih dititik beratkan bagaimanapun pelancong dikecualikan daripada menutup aurat penuh dan serba hitam, manakala alkohol masih diharamkan
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Udang Galah Cheese Bakar, Tomyam Dalam Kelapa Paling Pure Dalam Malaysia?
- SUMBER
- Harian Metro