ASICS Perkenal Rekaan Kasut Nasi Lemak Edisi Terhad
Sebut saja Malaysia negara kita sememangnya sangat sinonim dengan kepelbagaian makanan dan antara yang menjadi kegemaran ramai adalah nasi lemak. Jika sebelum ini kita ada aiskrim nasi lemak, karipap nasi lemak dan macam-macam lagi.
Tapi kali ini kasut ‘nasi lemak’ pula dihasilkan, namun apa yang berbeza ianya tidak boleh dimakan.
BACA: Ketawa Lepas Langgar Peniaga Nasi Lemak Sehingga Maut
Jenama kasut terkenal dunia, Asics meraikan makanan kegemaran rakyat Malaysia dengan memperkenalkan nasi lemak dalam koleksi terbarunya.
Kasut edisi terhad itu diinspirasikan daripada hidangan ikonik, nasi lemak dan ia merupakan hasil kolaborasi bersama Hundred% dan Snearkerlah.
Kasut diberi nama GEL-Kayano 5 ini menampilkan elemen nasi lemak seperti sambal, ikan bilis, kacang goreng, timun dan telur rebus dengan menggabungkan lima warna utama nasi lemak.
Koleksi terbaru edisi terhad Asics itu akan mula dijual pada 5 dan 6 Oktober ini pada harga RM599. Difahamkan kasut GEL-Kayano 5 hanya dikeluarkan sebanyak 500 pasang sahaja.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram