Kita sering kali melihat selebriti atau Instafamous memperomosikan produk menurunkan berat badan dan produk kosmetik di laman Instagram.

Bukan itu saja, jika lihat di ruangan komen, ada saja akaun yang akan mempromosikan pelbagai produk tanpa diketahui dari mana produk tersebut dan adakah produk tersebut mendapat kelulusan daripada pihak berwajib.

BACA: Penjual Bubur Cantik Tular Di Instagram

Pasti ramai tahu bahawa Instagram banyak digunakan oleh golongan muda dan mereka mudah terpedaya dengan iklan tersebut.

Nampaknya selepas ini Instagram akan menyekat iklan atau promosi yang menawarkan promosi produk berat badan atau penjualan kosmetik tidak sah.

Memetik laporan CNN, pengguna berusia 18 tahun ke bawah akan disekat daripada melihat perkongsian berkenaan promosi produk berkenaan.

Kandungan Instagram mengenai produk kuruskan badan dan dikaitkan dengan kod diskaun atau tawaran lain, tidak akan lagi dikeluarkan dari platform.

Ini bukan kali pertama Instagram mengawal kandungan pada platform mereka. Terdahulu, Instagram mula menyekat tanda pagar yang menyebarkan maklumat maklumat tentang vaksin.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Goreng Cili Padi