Sebut sahaja restoran makanan segera A&W sememangnya ia menggamit memori.Meskipun sudah banyak jenama restoran makanan segera lain dibuka di Malaysia, namun A&W masih lagi bertahan sehingga ke hari ini.

Sudah tentu ramai yang gemarkan minuman Root Beer Float yang lain dari yang lain dan tak boleh dapat di tempat lain.

BACA: A&W Malaysia Bakal Buka 12 Cawangan Baru Tahun 2019

Ini semestinya berita gembira buat peminat A&W, bersempena ulangtahun Rooty Bear, A&W menawarkan promosi minuman Root Beer Float dengan harga RM1 sahaja!

#GoodNews #Promotion #ANWday #RBday #anwmalaysia #19JuneTo celebrate Rooty Bear's Birthday, we will be having a…

Posted by A&W Malaysia – Official on Khamis, 13 Jun 2019

Promosi itu hanya berlangsung selama satu hari sahaja pada 19 Jun 2019 di semua cawangan restoran A&W.

Namun perlu diingatkan, promosi ini sah untuk makan di restoran sahaja dan hanya tersedia selagi stok masih ada. Jadi anda perlu cepat!

Satu lagi anda perlu tahu, Rooty Bear akan muncul pada hari tersebut di 36 cawangan A&W. Jangan lupa bawa anak-anak untuk bergambar!

ARTIKEL BERKAITAN:
Tak Untung, Kedai Rakyat 1 Malaysia Tutup
4 Restoran Francais Dunia Di Malaysia Kini Ditutup

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?