Awek Manja Tular Lagi, Menangis Dengar Guruh Pula
Selepas video manja mahukan cendol viral di media sosial, awek cendol ini menjadi perhatian netizen. Sehinggakan ramai netizen dan selebriti membuat parodi video tersebut sekaligus membuatkan gadis tersebut iaitu Nija dan kekasihnya Aiman Amar menjadi terkenal dalam sekelip mata.
Pernah dijemput dalam satu temubual di sebuah program televisyen, teman lelaki gadis itu sendiri mengakui kekasihnya memang seorang yang sangat manja dan boleh menangis apabila mendengar bunyi petir.
Namun, rata-rata netizen menganggap kekasihnya itu hanya mengada-ngada dan perangai manja hanya lakonan semata-mata.
Terbaru, menerusi Insta Stories, Aiman kongsikan satu lagi video viral menunjukkan kekasihnya itu dalam ketakutan dan menangis kerana takutkan guruh.
Rupanya memang Awek Cendol ni takut dengar bunyi guruh. Tapi rasanya ramai je yang dekat luar sana takutkan guruh.
ala cedihhhh betul la bunyi guruh pun nanezzz tau …manja angattt
Posted by Jannah Othman on 5hb Mac 2018
- SUMBER
- Facebook Jannah Othman