Seharusnya hidup di sebuah negara pelbagai bangsa dan agama, perlu ada sikap bertolak ansur dan saling memahami. Seperti di Malaysia, setiap agama perlu menghormati agama lain dan perlu tahu sensitiviti setiap agama.

Sebelum ini ada beberapa kes dimana pengunjung membawa haiwan peliharaan mereka seperti anjing ke pusat membeli-belah. Walaupun sudah diletakkan tanda amaran untuk tidak meletakkan anjing didalam troli, namun masih ada lagi yang masih berdegil.

Terbaru, seorang pengguna Facebook Firdaus Majid kongsikan foto beserta kepsyen menunjukan seorang wanita berdiri dengan seekor anjing yang berada di dalam troli di sebuah pusat membeli-belah di Melaka.

Menurut Firdaus, suami kepada wanita itu hanya mengelap kencing anjingnya dengan tisu tandas tanpa membuat aduan kepada pihak pusat membeli-belah tentang perkara tersebut.

Menyedari keadaan tersebut, isteri Firdaus terus ke kaunter pertanyaan untuk membuat aduan dan meminta untuk menyamak troli itu kerana bimbang jika ada orang lain menggunakannya pula.

“Untuk pengetahuan, kami tak sempat nak tegur pasangan tersebut, cuma sempat ambil gambar sahaja. Sepanjang kejadian ramai orang awam disitu dan nampak kejadian itu, tapi semua buat tak tahu sahaja. Yang Melayu pun nampak tapi semua tak nak ambil tindakan,” luahnya yang kecewa dengan sikap orang ramai.

Tambahnya lagi, kenyataannya itu tidak berbaur perkauman dan tidak ditujukan kepada mana-mana bangsa, namun rakyat Malaysia harus lebih peka ambil ikhtibar dari kejadian ini.