Masjid merupakan rumah ibadat untuk orang Islam dan haruslah menjaga kesuciannya kerana umat Islam akan menunaikan solat dan melakukan aktiviti keagamaan di situ.

Namun, terdapat satu kejadian tak diingini berlaku di Masjid Sungai Pelong, Sungai Buloh, pukul 8 malam tadi apabila ia diceroboh oleh babi hutan dan sempat mencederakan seorang jemaah.

BACA: Ini Punca Babi Berkeliaran Di Highway Plus

Sumber dari ihsan pembaca

Ketika kejadian, babi hutan jantan itu muncul di perkarangan masjid sebelum mengejar kanak-kanak yang berada di situ.

Selepas itu, haiwan itu menceroboh masuk ke dalam masjid dan memasuki ruang solat masjid serta menyondol seorang jemaah hingga cedera.

Kemudian, jemaah-jemaah lain yang terkejut dengan kehadiran haiwan liar itu segera menghalaunya keluar dari masjid.

Sumber dari ihsan pembaca

“Selepas lebih 30 minit, haiwan itu berjaya dihalau keluar ke perkarangan masjid. Namun, haiwan yang dipercayai cedera di kepala itu mengamuk dan menyondol seorang jemaah. Haiwan itu kemudian ditembak mati oleh seorang jemaah yang memiliki senapang patah,” jelas seorang jemaah yang tidak mahu dikenali.

Malah, mereka juga telah menghubungi pihak polis dan Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi meminta bantuan untuk membantu menyelesaikan perkara ini.

Difahamkan, jemaah masjid solat isyak seperti biasa di ruang solat yang tidak terjejas dengan kejadian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Memang Betul Pulau Babi
Dim Sum Babi Tak Laku, Orang Islam Disalahkan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bila Makanan Panas, Tapi Kau Tibai Jugak