Selalunya kita bayangkan baby shark sebagai hidupan comel kerana kartun kanak-kanak membuatkannya kelihatan comel.

Namun, seorang nelayan digigit baby shark atau dikenali anak ikan jerung pada pukul 12 tengah hari semasa sedang menjala ikan di Pantai Bagan Lalang, Sepang dua hari lalu.

BACA: Tragedi Berdarah Mandi Pantai

Mangsa terpaksa menahan kesakitan selama setengah jam selepas kaki kirinya digigit anak ikan jerung berukuran sepanjang lebih 0.5 meter.

Lebih mengejutkan, ikan tersebut seakan tak mahu melepaskan gigitannya walaupun sudah berada di atas darat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sepang, Leftenan (PA) Azli Muhidin, memberitahu ini adalah kes pertama seumpama itu berlaku sejak menara penyelamat APM dibina pada 2011.

Menurutnya, seramai lima anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sepang dikejarkan ke lokasi kejadian bagi merawat mangsa serta melepaskan gigitan anak ikan jerung daripada kaki mangsa.

Sumber dari sinarharian.com.my

Mereka mengambil masa kira-kira 10 minit untuk melepaskan gigitan ikan tersebut menggunakan peralatan khas yang dibawa.

Kemudian, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Pelek untuk rawatan lanjut. Kena lebih berhati-hati jika anda membawa anak-anak mandi pantai kerana kita tak tahu bahaya yang datang tanpa disedari.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kerana Gam, Daging Kaki Budak Dirobek
Tayang Kaki Boleh Dapat Duit?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Jaga-Jaga Jika Kawan Belanja Makan