Hari ini, suasana di Christchurch, New Zealand sayu dengan kehadiran orang ramai dan penduduk di perhimpunan solidariti anjuran Persatuan Penuntut Universiti Canterburry (UCSA) bagi menghormati tragedi yang berlaku.

Lebih pilu apabila penduduk tanpa mengira agama dan bangsa hadir ke upacara tersebut sebagai tanda sokongan. Seorang pengguna Facebook berkongsikan rakaman video ketika menghadiri acara perhimpunan itu.

BACA: 50 Muslim Terkorban, 350 Warga New Zealand Peluk Islam

Difahamkan pengguna Facebook itu, Mohd Shahrizan menghadiri perhimpunan solidariti tersebut merakamkan video bacaan Al-Quran yang dibacakan oleh seorang pelajar Malaysia dari Pasir Mas Salor yang menuntut di University of Christchurch, New Zealand.

Turut tular hari ini rakaman video azan yang dilaungkan di Canterbury Christchurch University yang dibanjiri oleh penduduk Christchurch termasuk pelajar universiti.

Rata-rata netizen turut terkesan dengan bacaan Al-Quran oleh pelajar Malaysia yang sangat menyentuh hati. Ada netizen mengatakan ada hikmah dalam setiap kejadian dan diharap insiden yang berlaku itu dapat menarik ramai orang untuk memeluk Islam.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥