Bahana Minum Air Gas Setiap Hari, Kulit Terpaksa Dilapah
Pasti ramai tahu bahawa minuman berkarbonat tidak baik untuk kesihatan kerana kandungan gulanya yang tinggi. Bayangkan, setiap hidangan minuman soda atau air bergas dalam tin sekurang-kurangya mengandungi 10 sudu gula.
Diabetes atau kencing manis terutamanya, adalah penyakit utama yang sering menyerang mereka yang menjadikan minuman berkarbonat sebagai minuman kegemaran.
BACA: Beli Air RM1.80, Lelaki Mengamuk Kata Awek Tak Layak Jadi Isteri
Seperti apa yang berlaku pada Mohd Razin Mohamed, 56, yang mengidap kencing manis hingga menyebabkan sebahagian kulit dari belakang hingga bahu kanan terpaksa dilapah dan dibuang akibat dijangkiti kuman.
Mohd Razin yang merupakan bekas kakitangan syarikat telekomunikasi berkata dia menjalani pembedahan membuang sebahagian kulit di Hospital Sungai Buloh tahun lalu selepas pemeriksaan mendapati bahagian terbabit dijangkiti kuman akibat kencing manis.
Katanya lagi, dia mula mengidap kencing manis pada usia 40 tahun susulan tabiatnya yang kerap mengambil minuman berkarbonat terutama waktu makan tengah hari.
Razin berkatan setiap kali keluar minum, dia akan membeli sekurang-kurangnya dua tin minuman berkarbonat sehari.
Kata Razin dia menyedari penyakitnya itu selepas mendapati ada semut mengerumuni tempat dia membuang air kecil dan terus ke kliik untuk bertanyakan tentang perkara itu dan doktor menasihatkan supaya mendapatkan rawatan di hospital.
Keadaannya bertambah teruk apabila terdapat bisul tumbuh di belakangnya yang tidak sembuh hampir berbulan-bulan lamanya. Lebih parah, bisul itu merebak dan pada awalnya hanya sebesar ibu jari menjadi sebesar tapak tangan.
“Menyesal pun dah tidak berguna lagi. Inilah akibatnya kalau gemar ambil gula berlebihan. Saya bernasib baik kerana cepat mendapatkan rawatan memandangkan jangkitan itu sudah hampir ke tulang.
“Jika tidak, sudah tentu kena potong. Pembedahan dibuat dua kali di mana kulit yang terkena jangkitan terpaksa dibuang manakala nanah pula dicuci.
“Kesan pembedahan menyebabkan saya sukar mengangkat tangan kanan manakala kesan melekuk di belakang akibat kulit tidak rata,” katanya kepada Harian Metro.
Razin yang menetap di Bukit Sentosa, Rawang berkata berkata, buat masa sekarang, dia perlu mendapatkan rawatan susulan termasuk memakan ubat bagi mengawal kandungan gula dalam badan.
Ujarnya lagi, dia nekad berpantang terutama dalam pengambilan gula dan keadaannya kini semakin pulih.
Apa pun beringatlah setiap kali minum, menyesal di kemudian hari sudah tidak berguna lagi.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥
- SUMBER
- Harian Metro