Sudah menjadi kebiasaan jika wanita hamil mengidam namun apa yang peliknya jika mereka mengidam yang bukan-bukan.

Selalunya wanita hamil mengidamkan makanan itu ini, namun berbeza dengan wanita ini yang mengidam untuk menjadi penghantar makanan.

BACA: Menantu Mengidam Punya Pasal, Mentua Sanggup Kejar Lori Milo

Demi memenuhi permintaan isteri, Muhammad Haikal Mazlan, 27 terpaksa merelakan isteri tercinta, Zulfahani Zulkifli, 25 menunggang motosikal walaupun sedang mengandung enam bulan.

Menurut Zulfahani, pada mulanya pemintaannya itu tidak dilayan malah suaminya turut memberikan pelbagai alasan.

“Dah lama saya mengidam sejak awal mengandung tetapi suami tidak izinkan. Saya teringin sebab rasa seronok melihat penghantar makanan bawa pasangan hantar pesanan.

“Namun suami beri pelbagai alasan konon panas dan beg berat,” katanya kepada Harian Metro.

Zulfahani yang hamil anak sulung memberitahu dia memang menunggang motosikal ke tempat kerja, namun sejak mengandung suaminya yang akan menghantar dan mengambil dari kerja.

“Tetapi Jumaat lalu suami tidak sempat hantar dan saya menunggang motosikal sendiri ke tempat kerja, balik kerja suami datang untuk menemani sekali.

“Berikutan kami sudah membawa dua motosikal, saya minta suami ‘on’ aplikasi hantar makanan itu walaupun pada mulanya dia tidak mahu sehingga saya memujuknya,” katanya.

Kata Zulfahani akhirnya suaminya akur dan terdapat satu pesanan masuk dan lokasi penghantaran hanya 10 minit dari tempat kerjanya.

“Saya kemudian menunggang motosikal suami dan dia mengekori belakang. Setibanya di kediaman pelanggan, suami menghantar pesanan itu.

“Selepas itu, saya meminta dia ‘on’ lagi untuk pesanan kedua, namun dia tidak bagi dan terus ‘off’ kemudian mengajak pulang. Suami tegaskan, ia kali pertama dan terakhir,” katanya.

Video pemintaan peliknya itu tular di Twitter, namun rata-rata netizen mengatakan tindakannya itu boleh mengundang bahaya. Namun, Zulfahani mengatakan suaminya ikut rapa dibelakang sepanjang 10 minit perjalanan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?