Pengangkutan awam kereta api sering menjadi pilihan penumpang untuk ke tempat kerja memandangkan sistemnya yang cepat dan memudahkan untuk ke pusat bandar.

Namun, kerosakan teruk pada kereta api KTM ini membuktikan masih ramai rakyat Malaysia memiliki mentaliti kelas ketiga dan mundur.

BACA: Israel Beri Nama Stesen Kereta Api Donald Trump

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter bernama Malisa kongsikan kisah bapanya yang memandu kereta api dari Sentul dibaling batu sehingga cermin tingkap retak hanya kerana tren tersebut dipenuhi dengan iklan Barisan Nasional.

18 tingkap retak & hampir pecah

Ketika itu kereta api tersebut di pandu dari Sentul ke laluan Tanjung Malim dan Tampin. Secara tiba-tiba ada orang membaling batu ke arah kereta api tersebut sehingga menyebabkan 18 cermin retak dan hampir pecah.

Menerusi posting tersebut, gadis itu berang dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu yang tidak mengambil peduli tentang keselamatan penumpang kereta api tersebut.

Tambahnya lagi, jika bencikan kerajaan tak perlu bertindak sedemikian. Jika nak kerajaan yang bagus, betulkan diri sendiri terlebih dahulu.

Kalau geram sangat balik je dekat pemimpin yang korang benci

Rata-rata netizen meluahkan rasa berang dengan tindakan tersebut dengan mengatakan ini antara punca rakyat Malaysia tidak pernah maju kehadapan.

“Kalau geram sangat, balinglah dekat pemimpin yang korang benci. Jangan sebab dia korang mengamuk dekat orang lain. Jadi bijak sikit boleh?” kata seorang netizen.

Betul tu. Kalau benci sangat jangan sampai bahayakan nyawa orang lain. Apa kata korang tunggu 9 Mei nanti dan pangkah petak yang korang rasa betul-betul layak jadi pemimpin.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bayar RM8.50, Boleh Makan Apa Saja?