Ini bukan rekaan semata-mata, bangunan ini memang betul-betul wujud. Baru-baru ini tular mengenai sebuah bangunan baru di Guangxi, China yang kelihatan seperti kemaluan lelaki.

Ternyata, bangunan baru itu menimbulkan perdebatan dan menerima kecaman hebat di media sosial. Rata-rata netizen mengejek rekaan bangunan itu seakan-akan zakar yang besar yang melekat di atas tanah.

BACA: Kek Cantik Tapi Nampak Seperti ‘Kemaluan’

Memetik laporan Nanning Daily, bangunan yang diberi nama Guangxi New Media Centre itu siap dibina pada Ogos lalu selepas hampir dua tahun pembinaan.

Walaupun bangunan itu dikecam dan dikutuk, media tempatan memberitahu reka bentuknya diilhamkan daripada landskap teres yang kebiasaannya dapat dilihat di wilayah Guangxi dan Yunnan.

Boleh dikatakan ramai yang mengejek dan malu dengan reka bentuk bangunan berkenaan. Bangunan itu jelas kelihatan seperti kemaluan lelaki apabila ia melepaskan bunga api semasa perayaan Festival Pertengahan Musim Luruh pada 24 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:
Menteri Dedah Perangai Mahathir Ketika Mesyuarat
Hujan Lebat Diramal Mulai Hari Ini Hingga November

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

FOOD PARK Dalam The Curve? (27-30 September 2018)😍😍