Pulau Pinang yang merupakan negeri tarikan pelancong dilanda banjir kilat awal pagi ini ekoran hujan lebat sejak pukul tiga pagi tadi.

Kejadian banjir kilat menyebabkan bandar negeri itu lumpuh buat sementara waktu dan mengalami kesesakan teruk akibat beberapa jalan ditenggelami air.

BACA: Lautan Bahamas Kering Kontang Selepas Dilanda Taufan

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang menyatakan antara kawasan yang dilaporkan terjejas ialah Jalan P. Ramlee, Jalan Masjid Negeri, Sungai Pinang, Taman Lumba Kuda, Bandar Baru Air Itam, Paya Terubong, Relau, Balik Pulau, Batu Ferringhi serta beberapa kawasan di Seberang Perai iaitu Taman Bagan, Mak Mandin, Permatang Pauh dan Jalan Tembikai, lapor malaysiakini.

“Namun sehingga kini belum ada pusat pemindahan dibuka selain tiada laporan kemusnahan harta-benda atau kemalangan jiwa diterima,” kata pihaknya.

Berikutan itu, jalan sekitar bandaraya negeri itu turut mengalami kesesakan teruk serta jalan di Jambatan Pulau Pinang.

Sumber dari malaysiakini.com

Selain itu, paras air sungai di Sungai Pinang dan Sungai Air Itam telah mencecah paras bahaya menurut jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Timur Laut.

“Tahap kedalaman air di beberapa kawasan di Timur Laut telah mencecah 0.6 meter namun setakat 9 pagi ini tiada pusat pemindahan dibuka,” jelasnya sebelum mengakhiri perbualan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Awat Nama Dia Siakap & Daging Lempaq?