Semalam, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita operasi menyelamat seorang remaja yang dilaporkan tergelincir ketika memancing di lombong Taman Putra Perdana, Cyberjaya meragut enam nyawa anggota bomba yang turut lemas akibat terbelit tali di dasar.

Bapa remaja yang hilang, Mohd Azzam Naim, 46 turut terkejut apabila dimaklumkan berita tersebut dan tidak menyangka operasi mencari anaknya Mohd Ilham Fahmy, 17, bertukar menjadi tragedi menyayat hati.

BACA: Selepas 25 Tahun, Highland Tower Akan Jadi Taman Rekreasi

Foto: Facebook Sarawak Edition

“Saya terkejut apabila mendengar berita itu. Saya tidak sangka pula operasi mencari anak saya, Mohd Ilham Fahmy bertukar tragedi lebih menyedihkan,” katanya kepada Harian Metro.

Azzam berkata, kira-kira dua bulan lalu, dua lelaki dilaporkan lemas ketika menjala ikan di lombong tersebut. Katanya lagi, dia berharap tragedi yang berlaku itu dapat dijadikan iktibar oleh penduduk disitu agar tidak lagi ke kawasan tersebut.

Foto: Sinar Harian

“Kawasan pintu air ini memang tidak berpagar dan menjadi tempat penduduk di sini untuk menangkap ikan.

“Malah, ketika dua lelaki dilaporkan lemas dua bulan lalu, saya sendiri ada menasihatkan anak saya supaya tidak ke sana lagi. Tapi tak sangka pula hari ini dia pergi ke sana bersama rakannya,” katanya.

Menurut Azzam lagi, dia sudah berpesan kepada anaknya itu agar tidak ke tempat tersebut namun tidak menyangka anaknya ke sana juga apabila diajak rakan. Bagaimanapun, Azzam berharap mayat anaknya ditemui secepat mungkin.

“Kelmarin, saya ada pesan padanya agar tidak pergi ke situ kerana bahaya disebabkan cuaca sekarang kerap hujan. Jadi, saya tidak sangka dia datang ke sini selepas diajak dua rakannya kira-kira 4 petang semalam,” katanya.

“Harapan saya agar mayat anak saya dapat dijumpai secepat mungkin,” katanya lagi.

Takziah kami ucapkan kepada keluaga mangsa yang terlibat. Semoga tabah menghadapi dugaan. Al-Fatihah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱