Barang Rampasan Najib Akan Dijual, Bayar Hutang Negara
Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberitahu kerajaan akan menjual barangan rampasan yang disita dalam siasatan yang didakwa diselewengkan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Guan Eng, bagaimanapun nilai rampasan tersebut bukan sesuatu yang besar jika dibandingkan dengan RM50 bilion yang didakwa diambil daripada dana pelaburan negara 1MDB.
BACA: 5 Fakta Tentang Rampasan Di Rumah Bekas PM kita
“Kita akan cuba untuk menukarkanya kepada tunai, tetapi harus diingat jumlah tersebut masih terlalu kecil berbanding apa yang dirompak dari negara ini.
“Bukan kita sahaja yang akan menanggung semua itu sebaliknya anak-anak kita perlu membayarnya sehingga 2039,” kata Guan Eng kepada Associated Press.
Minggu lalu, polis menganggarkan rampasan bernilai hampir RM1.1 bilion, terdiri daripada barang kemas dan beg tangan yang ditempah khas jenama Bijan menjadi perhatian ramai.
“Bayangkan jika jumlah itu ditemui atau didedahkan di Amerika Syarikat, ini sudah cukup mengejutkan walaupun untuk sebuah negara kaya seperti AS. Bagi negara kecil seperti Malaysia, ini benar-benar sesuatu yang luar biasa,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Najib mengesahkan bahawa barangan yang dirampas adalah “hadiah yang terkumpul selama beberapa dekad” dan penilaian RM1.1 bilion adalah “subjektif dan tidak realistik”.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lintas Jalan, Nasi Goncang Di Korea?
- SUMBER
- Says.com